74.07% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang pertaruhan Spread/CFD dengan pembekal ini.
Pertaruhan spread dan CFD ialah instrumen yang kompleks dan mengandungi risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan pantas kerana leveraj. 74.07% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang pertaruhan Spread/CFD dengan pembekal ini. Anda seharusnya mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD/Pertaruhan spread berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
header_logo
rch
Portal Pelanggan
Sertai sekarang
rch

Program Introducing Broker (IB)

Program Introducing Broker (IB) ialah pakej perniagaan siap sedia untuk individu mahir yang boleh menghasilkan bakal pelanggan dalam industri forex atau kewangan.

Menjadi Introducing Broker (IB) bagi ATFX ialah peluang yang hebat untuk berkembang sebagai rakan niaga kami dan menghasilkan pendapatan.

ibprogram-icon-a-spanner- wrench1a
Skim rebat yang kompetitif dan boleh suai
ibprogram-icon-infinite1a
Tiada had komisen bagi setiap apelanggan
ibprogram-icon-podium-a
Pakej sokongan yang terbaik dalam industri
ibprogram-icon-ticked-checkbox2a
Pengurus akaun yang khusus

Program Introducing Broker (IB)

Program Introducing Broker (IB) ialah pakej perniagaan siap sedia untuk individu mahir yang boleh menghasilkan bakal pelanggan dalam industri forex atau kewangan.

Menjadi Introducing Broker (IB) bagi ATFX ialah peluang yang hebat untuk berkembang sebagai rakan niaga kami dan menghasilkan pendapatan.

ibprogram-icon-a-spanner- wrench1a
Skim rebat yang kompetitif dan boleh suai
ibprogram-icon-infinite1a
Tiada had komisen bagi setiap apelanggan
ibprogram-icon-podium-a
Pakej sokongan yang terbaik dalam industri
ibprogram-icon-ticked-checkbox2a
Pengurus akaun yang khusus
ibprogram-icon-a-spanner- wrench1a
Skim rebat yang kompetitif dan boleh suai
ibprogram-icon-infinite1a
Tiada had komisen bagi setiap apelanggan
ibprogram-icon-podium-a
Pakej sokongan yang terbaik dalam industri
ibprogram-icon-ticked-checkbox2a
Pengurus akaun yang khusus

Apakah Introducing Broker (IB)?

Introducing Broker (IB) ialah individu atau perniagaan yang memperkenalkan pelanggan baru kepada perniagaan lain. Ia perkongsian antara dua pihak untuk meningkatkan perniagaan masing-masing. Dalam hal ini, anda akan memperkenalkan pelanggan kepada kami dan kami akan membayar anda untuk usaha anda.

 

Bagaimanakah Anda Memperkenalkan Pelanggan kepada ATFX?

Anda memperkenalkan pelanggan kepada ATFX melalui laman web atau saluran pemasaran anda. Anda boleh melakukannya dengan meletakkan pautan yang unik pada kandungan anda dan meletakkan banner kami di laman web anda. Pelanggan akan mengklik pada pautan atau banner itu dan anda akan memperkenalkan mereka, seandainya mereka mendaftar.

Anda juga boleh membuat kempen pemasaran dan menyebarkan surat berita, e-mel, siaran sosial dan sebagainya. Sekali lagi anda menyertakan pautan yang unik pada siaran ini.

Kami akan memberikan semua bantuan yang diperlukan, termasuk pelbagai alatan dalam talian, oleh itu anda bebas untuk menumpukan perhatian pada perkara yang anda dapat lakukan dengan sebaiknya. Pasukan perkongsian kami juga sentiasa bersedia untuk memberikan panduan tentang teknik menghasilkan bakal pelanggan.


Manfaat Program Introducing Broker Kami

  1. Skim rebat yang kompetitif dan boleh suai - Kami sentiasa mengutamakan pelanggan dan rakan niaga kami. Anda akan diberikan ganjaran pilihan rebat yang sangat kompetitif dan boleh suai.

  2. Tiada had komisen bagi setiap pelanggan - Kami tidak menetapkan sekatan bagi akaun yang boleh anda peroleh bagi setiap pelanggan. Lebih aktif pelanggan, lebih banyak anda dapat dalam rebat.

  3. Bayaran komisen pelbagai peringkat - Mekanisme bayaran komisen pelbagai peringkat kami bermakna anda boleh menghasilkan pendapatan melalui rujukan pelanggan, rebat daripada setiap urus niaga yang ditutup dan juga rujukan sub-IB.

  4. Bayaran komisen segera - Semua komisen dibayar pada masanya dan tidak dikenakan sebarang bayaran atau caj tersembunyi. Kebolehpercayaan ialah faktor penting apabila mengusahakan perkongsian.

  5. Pakej sokongan yang luar biasa - Kami menawarkan anda pelbagai latihan dan peluang untuk bercakap di ekspo, seminar dan webinar yang besar. Anda juga akan diberikan pengurus akaun yang khusus.

  6. Latihan lanjutan kepada rakan niaga - Jika anda berjaya, kami berjaya. Oleh itu, kami menyediakan latihan lanjutan kepada semua rakan niaga untuk membantu anda memaksimumkan potensi anda.

  7. Akses percuma kepada alatan dagangan - Anda juga akan diberikan akses kepada semua alatan dagangan percuma untuk membantu anda membuat keputusan dagangan dan membantu pelanggan anda.

  8. Broker yang dikawal selia di seluruh dunia - Kumpulan ATFX ialah broker yang diberi kuasa dan dikawal selia oleh beberapa pihak berkuasa di seluruh dunia.

     

Perkara yang Pelanggan Anda Dapat

ibprogram-icon-Free-VPS
VPS percuma
ibprogram-icon-education
Sumber pendidikan kelas pertama
ibprogram-icon-financial-instruments
Lebih daripada 175 instrumen kewangan
ibprogram-icon-award
Platform dagangan yang memenangi anugerah
ibprogram-icon-competitive-spreads
Spread yang kompetitif
ibprogram-icon-dedicated-support
Perkhidmatan sokongan yang berdedikasi
ibprogram-icon-trading-tools
Alat dagangan termaju

Keperluan Introducing Broker

Menjadi Introducing Broker untuk kami adalah mudah. Anda isikan borang permohonan yang diperlukan, yang mengandungi medan standard seperti nama dan e-mel. Kami juga mempunyai beberapa keperluan tambahan. Ini termasuk:

  • Nama syarikat anda (jika ada)

  • Laman web anda (jika ada)

  • Sama ada anda bekerjasama dengan broker lain

  • Bilangan pelanggan yang anda jangka akan dirujuk

Soalan Lazim Introducing Broker

Di bawah anda akan menemui soalan yang paling kerap ditanya tentang Program Introducing Broker.

Cara Menjadi Introducing Broker

Hanya isikan borang dengan menambah butiran yang diperlukan. Kemudian anda akan dihubungi oleh salah seorang daripada pasukan sokongan IB untuk berbincang tentang perkongsian.

Kemudian anda akan menerima akses kepada platform dan alatan pemasaran IB. Ini termasuk pautan yang boleh digunakan pada kandungan anda.

Sebab Menjadi Rakan Kongsi ATFX

Menjadi IB ATFX ialah perkongsian perniagaan yang menarik dan menguntungkan. IB sangat penting untuk kejayaan perniagaan kami, terdapat beberapa IB yang telah bersama dengan syarikat ini sejak awal penubuhan kami dan kami telah membayar jutaan komisen kepada mereka sejak bertahun-tahun.

Anda bukan sahaja perlu menjadi rakan kongsi kerana struktur komisen, tetapi juga kerana sokongan peribadi yang diterima. Kami mempunyai pasukan pakar dan pustaka alatan yang akan membantu anda berkaitan amalan pemasaran, bermakna anda boleh menumpukan perhatian pada perkara yang anda dapat lakukan dengan sebaiknya.

Bagaimanakah Introducing Broker ATFX Menghasilkan Wang?

Sebagai Introducing Broker, anda menghasilkan wang melalui dua kaedah; komisen kerana memperkenalkan apabila pelanggan membuka dan membuat deposit ke dalam akaun mereka dan melalui volum dagangan yang dibuat oleh pelanggan bersama. Lebih ramai pelanggan yang membuka akaun, dan lebih banyak dagangan yang dibuat, lebih banyak rebat yang anda terima.

Berapa Banyak yang Dihasilkan oleh Introducing Broker ATFX?

Tiada batasan bagi jumlah pendapatan anda. Mana-mana pelanggan yang anda perkenalkan kepada kami adalah hak anda.

Kami tidak menetapkan sebarang sekatan bagi jumlah yang boleh dihasilkan oleh rakan kongsi bagi setiap pelanggan. Lebih aktif pelanggan yang diperkenalkan, lebih banyak yang anda hasilkan. Oleh itu, bergantung pada anda sebanyak mana yang anda hasilkan sebagai IB.

Bagaimanakah saya boleh Memperkenalkan pelanggan?

Biasanya anda akan memperkenalkan pelanggan melalui pautan pada laman web atau saluran pemasaran anda. Kami memberi anda pautan unik yang dijejaki dari laman web anda. Pautan tersebut memastikan sebarang klikan yang menghasilkan pembukaan akaun dipautkan dengan tepat ke akaun anda. Kemudian komisen akan dibayar.

Program Introducing Broker (IB) kami ialah peluang perniagaan yang siap sedia dan siap guna. Jika anda bercita-cita tinggi, bersemangat dan memahami cadangan kami, mendaftarlah hari ini.