Walau apa pun tahap pengalaman atau perjalanan dagangan anda, kami mempunyai alat dan sumber pendidikan yang boleh membawa anda ke tahap yang lebih tinggi.
Belajar topik yang sesuai pada masa yang tepat dengan ATFX. Kami telah mencipta program pendidikan dagangan yang terkemuka serta menawarkan alat yang memenangi anugerah. Semuanya untuk meningkatkan kecekapan dan pengetahuan dagangan anda.
Alat dan widget dagangan yang kami sediakan telah direka untuk memudahkan pengalaman dagangan anda.
Kami mempunyai pasukan penganalisis yang memenangi anugerah yang menganjurkan webinar dan seminar yang berwawasan dan menarik, serta menghasilkan analisis pasaran, laporan dan artikel terkini yang berterusan.
E-buku kami dihasilkan khas oleh pakar untuk mendidik tetapi untuk mendidik dengan cara yang menghiburkan. Anda pasti tidak sabar untuk menunggu bab seterusnya, asyik dengan langkah yang seterusnya dan teruja untuk mencuba apa yang telah anda pelajari.
Kesemua pendidikan dagangan dalam talian kami adalah percuma. Jika anda membuka akaun dengan kami, anda akan mendapat akses kepada seminar, webinar, akademi perdagangan serta alat dagangan kami yang terkenal.
Pendidikan dagangan percuma kami sesuai bagi pedagang baru dan berpengalaman. Ia direka untuk memberi anda pengetahuan dan alat yang betul pada masa yang tepat. Pastikannya mudah, pastikannya tepat dan pendidikan dagangan anda akan terus berkembang.
Webinar interaktif kami memberi anda kebebasan dan fleksibiliti untuk belajar dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Ia disiarkan secara langsung oleh pakar kewangan yang terkemuka dan menjadi peluang yang terbaik untuk mengemukakan apa-apa soalan kepada hos anda. Ia juga dirakam untuk memastikan anda tidak ketinggalan jika tidak sempat menyertainya.
Kami merangkumi semua subjek yang penting supaya anda memperoleh pengetahuan yang berharga dan mempersiapkan diri dengan lebih baik untuk berdagang dalam pasaran.
Kami mengadakan seminar di seluruh dunia, termasuk ibu kota kewangan seperti London, Dubai, Frankfurt dan Shanghai. Bukan sahaja anda berpeluang untuk berjumpa sendiri dengan sebahagian daripada penganalisis kami tetapi juga dapat bertemu dengan rakan seperjuangan anda.
Ini lebih dari sekadar seminar pendidikan, ia tempat untuk bertemu dan berhubung dengan orang yang berfikiran sama.
Alat dagangan direka untuk memudahkan hidup anda. Ia akan mengesahkan dagangan, mengimbas pasaran, memberikan isyarat untuk menjadikan dagangan anda lebih berkesan dan kurang subjektif.
Kami telah mengumpulkan pelbagai alat dan widget dagangan yang dibangunkan oleh peneraju dalam industri untuk membantu meningkatkan hasil dagangan anda.
Set alat ATFX telah direka khas untuk menyasarkan bahagian tertentu yang akan menjadikan hidup berdagang anda lebih mudah.
Kami berterusan membuat penambahan pada set alat kami termasuk platform penyelidikan, strategi dagangan dan WebTV melalui Trading Central.
Berikut ialah beberapa manfaat alat kami:
Di ATFX, kami bangga dengan anugerah yang telah kami menangi untuk analisis, pendidikan dan penyelidikan dagangan. Kami mahu anda menjadi pedagang terbaik yang anda boleh, dan kami hanya boleh maju dan berkembang bersama anda kerana anda ialah keutamaan kami.
Daftar untuk melihat webinar kami, semak peti masuk anda untuk seminar terkini, gunakan alat dagangan percuma yang kami sediakan, pastikan anda membaca kesemua analisis dan penyelidikan, dan libatkan diri dalam Akademi Perdagangan setelah ia dilancarkan.
ATFX ialah jenama bersama yang dikongsi oleh sekumpulan entiti termasuk:
AT Global Markets (UK) Ltd diberi kuasa dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA) di United Kingdom dengan nombor pendaftaran 760555. Pejabat Berdaftar: 1st Floor, 32 Cornhill, London EC3V 3SG, United Kingdom.
AT Global Markets LLC ialah Syarikat Liabiliti Terhad di Saint Vincent dan the Grenadines dengan nombor syarikat 333 LLC 2020. Pejabat Berdaftar: 1st Floor, First St. Vincent Bank Bldg, James Street, Kingstown, St. Vincent and the Grenadines.
ATFX Global Markets (CY) Ltd diberi kuasa dan dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) di bawah nombor lesen 285/15. Pejabat Berdaftar: 159 Leontiou A' Street, Maryvonne Building Office 204, 3022, Limassol, Cyprus.
AT Global Markets Intl Ltd diberi kuasa dan dikawal selia oleh Financial Services Commission dengan Nombor lesen C118023331. Pejabat Berdaftar: Suite 207, 2nd Floor, The Catalyst, Silicon Avenue, 40 Cybercity, 72201 Ebène, Republic of Mauritius.
AMARAN PELABURAN BERISIKO TINGGI: Perdagangan Pertukaran Asing (Forex) dan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) adalah sangat spekulatif, mengandungi tahap risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda boleh kerugian sebahagian atau semua modal yang dilaburkan, oleh itu anda tidak seharusnya membuat spekulasi dengan modal yang anda tidak mampu untuk kerugian. Anda perlu tahu tentang semua risiko yang berkaitan dengan perdagangan pada margin. Sila baca Terma Perniagaan penuh.
Rantau Terhad: AT Global Markets LLC tidak menyediakan perkhidmatan kepada penduduk di negara tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada Kanada (Wilayah British Columbia, Quebec dan Saskatchewan), Jepun, Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Iran dan Amerika Syarikat (AS), atau mana-mana individu di mana-mana negara atau bidang kuasa yang pengedaran atau penggunaan tersebut akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan.