Ogo 05, 2019

ATFX membuat penampilan sulung di Trader’s Fair & Malam Gala, yang dianjurkan oleh FinExpo, di Thailand, pada 3 Februari 2018. Ini merupakan salah satu acara kewangan terbesar di Asia, yang dihadiri oleh lebih daripada 100,000 peserta dan lebih daripada 30,000 penasihat kewangan, investor dan trader. Ia merupakan peluang bagi ATFX untuk memperkenalkan tawaran dan nilai kepada pasaran Asia. ATFX berjaya menjalinkan kerjasama dengan trader runcit dan IB.

Sebagai peserta pameran di Trader’s Fair, ATFX bukan sahaja memperkenalkan pasukan profesional dan perkhidmatannya, tetapi semua instrumen dagangan terkininya, seperti CFD matawang crypto bagi Bitcoin, Ethereum dan Litecoin. Syarikat telah mencipta nama sebagai penyedia perkhidmatan terbaik, dengan menawarkan penyulitan keselamatan tahap-bank, serta memastikan dana klien disimpan dan dilindungi setiap masa. Ini adalah kaedah terbaik untuk memperkenalkan kualiti dan nilai perkhidmatan, termasuk sokongan tempatan kami yang beroperasi 24/5 bagi membantu pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan dalam bahasa mereka.

Kami juga mempunyai beberapa pertemuan yang positif dengan introducing broker (IB). Kami akan menawarkan IB kami latihan nilai-tambah profesional pengetahuan instrumen dagangan. Pertemuan tersebut adalah berdasarkan minat untuk bekerjasama dengan firma yang dipercayai dan mematuhi piawaian tertinggi perkhidmatan dan ketelusan, serta akses percuma kepada analisis pasaran dan alat dagangan yang memberi manfaat besar kepada IB dan trader runcit.

Selepas pameran dagangan yang berlangsung dengan jayanya, ATFX turut mengambil bahagian dalam Malam Gala, yang memberi kami peluang untuk beramah mesra dengan peserta pasaran, sambil membantu kami membina rangkaian rakan kongsi dan sekutu yang baik. Acara-acara ini merupakan antara platform terbaik untuk ATFX menyebarkan berita mengenai faktor-faktor pembezaan dan nilai jenamanya.

Kami teruja untuk menjadikan 2018 sebagai tahun yang berjaya seperti tahun 2017, menyertai ekspo kewangan utama di Asia, bertemu dengan para peserta dari dunia kewangan, memperkenalkan perkhidmatan dan tawaran terkini kami kepada peserta.

ATFX adalah nama dagangan AT Global Markets Limited (ATGM, nombor pendaftaran 224226 IBC 2017). ATGM adalah sebuah Syarikat Perniagaan Antarabangsa di Saint Vincent dan Grenadines. Alamat berdaftar adalah: the Financial Services Centre, Stoney Ground, Kingstown, St.Vincent & the Grenadines.

Read More

ATFX MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM BROKER SHOW DI TAIPEI
ATFX MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM TRADERS FAIR & MALAM GALA DI KAHERAH
ATFX Mempercepatkan Pertumbuhan dengan Pelancaran Pejabat Baru di Vietnam
Kemunculan Pertama ATFX sebagai Peserta Pameran di Pameran Trader & Malam Gala Vietnam
ATFX Menyertai Forum Antarabangsa FinanceWord di Taipei
ATFX Membuat Kemunculan yang Berjaya di IFINEXPO Kuala Lumpur