Ogo 19, 2019

Pengerusi Lembaga AT Global Markets (UK) Limited (ATFX), Encik Joe Li, dijemput untuk menjadi salah seorang panelis di iFX EXPO Asia, sebuah acara yang berlangsung di Hong Kong, pada 23-25 ​​Januari, 2018.

Sejumlah lima ahli panel profesional telah dijemput untuk berkongsi pandangan mereka mengenai topik “IB China, Broker Global: Jalinan Kerjasama Kukuh” pada 25 Januari 2018. Para panelis, yang merupakan pakar industri terkemuka, membincangkan topik utama dari dunia kewangan dan perdagangan di Asia. Beberapa isu berkaitan dengan China, khususnya yang dikupas oleh panelis termasuk topik tentang mengapa broker antarabangsa lebih suka bekerjasama dengan rakan kongsi di negara ini dan juga perubahan dinamik aspek tersebut. IB tempatan memainkan peranan penting dalam pasaran, tetapi jalinan hubungan adalah cabaran bagi kedua-dua pihak. Ia menarik lebih daripada 100 pakar industri yang menghadiri forum ini.

Encik Li mempunyai pengalaman yang luas dalam pasaran forex global, setelah menjawat pelbagai kedudukan pengurusan di broker FX global. Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam penjualan institusi dan pembangunan perniagaan di Wilayah Asia Pasifik. Pada iFX EXPO, En. Li mengulas mengenai peranan broker global dalam menguruskan perkongsian dalam industri. Ini adalah peluang baik untuk membentangkan kekuatan, falsafah dan etika ATFX, sambil berkongsi pandangan yang syarikat perolehi di pasaran Asia.

Semasa forum, penceramah menyatakan IB dan pakar industri tempatan akan dapat melihat sekilas pandang rahsia kejayaan, serta tips untuk mencari rakan kongsi yang tepat dan mengekalkan kerjasama erat dan kukuh. Pakar-pakar mencadangkan pelbagai cara untuk menangani serta langkah-langkah yang mana perkara tersebut dapat diatasi. Mereka mencadangkan penyelesaian kepada broker untuk membantu mereka menubuhkan kepercayaan dalam pasaran Asia yang tidak menentu dan bagaimana mereka dapat membezakan antara bakal prospek dengan pembuat masalah.

IFX EXPO Asia, acara tahunan yang dimulakan pada tahun 2012, merupakan ekspo B2B kewangan pertama dan terbesar di dunia. Dengan lebih daripada 30,000 hadirin dan lebih daripada 1,000 pembekal perkhidmatan sebagai peserta, acara ini menyatukan beberapa minda kewangan dunia di bawah satu bumbung, bagi memberikan pandangan penting mengenai keadaan semasa dalam kewangan dan perdagangan Asia. Para hadirin mendapat pengalaman ekspo yang terbaik, dengan maklumat terkini dan peluang rangkaian.

Mengenai Global Markets (UK) Ltd: Beribu pejabat di London, UK, dan dikawalselia oleh FCA, ATFX ditubuhkan dengan matlamat menyediakan platform perdagangan online terbaik bagi trader runcit yang berminat untuk berdagang dalam forex, CFD dan logam berharga. Hari ini, syarikat diterajui oleh pasukan pengurusan elit, yang mempunyai pengaruh global dan menawarkan pelbagai produk dagangan. Untuk memastikan pengalaman dagangan yang lancar, syarikat menawarkan MetaTrader 4, platform dagangan paling popular di dunia, sambil menghubungkan MT4 dengan penyedia kecairan terbaik dengan teknologi penyambungan terkini. Untuk fokus pelanggannya, ATFX menawarkan akses percuma kepada penyelidikan pasaran, kursus untuk semua peringkat perdagangan, dari peringkat pemula ke peringkat lanjutan, bantuan langsung dan sokongan pelanggan 24/5, dan perlindungan tahap tertinggi untuk trader. Dengan keselamatan dana investor global sebagai keutamaan, keselamatan dikawal melalui penyulitan keselamatan tahap-bank. Di samping itu, dikawal oleh pihak berkuasa kewangan global, ATFX mematuhi keperluan pengawalseliaan yang ketat, memberikan pelanggan pengalaman perdagangan bertaraf dunia.

Read More

ATFX Dianugerahkan Broker CFD Forex Terbaik di UK Forex Awards 2018
ATFX MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM TRADERS FAIR & MALAM GALA DI THAILAND
ATFX Menaja Sidang Kemuncak Kewangan London 2017
ATFX Menaja Pertandingan Kelayakan Duke of Edinburgh Cup, pada 30 Ogos
ATFX MENINGKATKAN PERTUMBUHAN DENGAN PELANCARAN PEJABAT BARU DI THAILAND
ATFX Membuat Debut yang Berjaya di iFinexpo Thailand