Ogo 19, 2019

Ia merupakan ikrar yang hebat terhadap komitmen dan usaha keras kami apabila sumber yang terkenal menampilkan pencapaian kami bagi menunjukkan bagaimana untuk berjaya dalam dunia perdagangan kewangan. Oleh itu, anda boleh membayangkan betapa terujanya apabila Ketua Pegawai Eksekutif kami, Richard Craddock, ditampilkan dalam Edisi Tambahan Strategi Dagangan The Times yang terkini, dalam artikel yang memfokuskan kepada kepentingan kecemerlangan dalam perkhidmatan pelanggan.

ATFX telah mencipta nama dengan prestasi sokongan pelanggannya. Artikel dalam The Times menyatakan bahawa berikutan persaingan sengit di pasaran kewangan, satu-satunya cara untuk memacu pertumbuhan dan keuntungan adalah melalui perkhidmatan yang berpusatkan pelanggan. Kami, di ATFX, sentiasa yakin dengan falsafah ini, meletakkan keperluan pelanggan kami sebagai keutamaan, menerusi perkhidmatan peribadi kami dan memberi tumpuan kepada kepuasan pelanggan. Dan pengiktirafan usaha ini oleh The Times adalah salah satu ganjaran yang amat bermakna.

Dalam petikan ucapan Edisi Tambahan Strategi Dagangan The Times En. Richard Craddock berkata, “Kami mahu menjadi peneraju pasaran dari segi kepuasan pelanggan, dan ini didorong oleh pengalaman, para profesional yang mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang jelas mengenai apa yang pelanggan inginkan.” Ketua Pegawai Eksekutif kami juga menyatakan bahawa aspek utama perkhidmatan pelanggan kami adalah komitmen ATFX untuk menyediakan sokongan pelanggan setempat, melalui anggota staf yang dapat berkomunikasi dengan pelanggan dalam bahasa ibunda mereka atau bahasa yang paling sesuai dengan klien.

Di ATFX, kami memahami bahawa bukan sahaja teknologi telah berkembang pesat, tetapi pelanggan semakin celik-teknologi. Inilah sebabnya mengapa mereka mencari portal perdagangan dan perkhidmatan yang telus dan canggih. Harapan pelanggan adalah tinggi, dan cara untuk merealisasikannya adalah dengan menyediakan penyelesaian teknologi terkini dan sokongan peribadi. Inilah sebabnya mengapa kami telah membangunkan platform dagangan yang selamat dan telus, dengan perkhidmatan pelanggan yang berteraskan kejujuran dan integriti. Ini telah membantu memastikan bahawa kami bukan sahaja menawarkan pengalaman perdagangan online terbaik, tetapi juga membina kepercayaan di kalangan pelanggan kami.

Menjelaskan semua ini, Ketua Pegawai Eksekutif Richard Craddock memberitahu The Times, “Sebelum ini, juru jual yang paling berjaya adalah mereka yang mempunyai hubungan baik dengan pelanggan mereka dan yang datang dari kenalan dan melalui telefon. Industri tersebut telah lupus sekarang, tetapi penting untuk tidak melupakan hubungan peribadi kerana itulah yang memupuk kesetiaan dan hubungan jangka panjang.”

Malah, pasukan kami telah melangkah lebih jauh. Kami meluangkan masa untuk memahami jenis dagangan dan keutamaan pelanggan individu, itulah sebabnya kami dapat menyesuaikan sokongan bagi memenuhi keperluan khusus mereka. Ini juga antara mengapa kami memilih untuk menawarkan platform dagangan yang paling popular, MetaTrader, bukan sahaja dalam versi webnya, tetapi juga varian mudah alih yang serasi.

Kami juga ingin pelanggan kami sentiasa mempunyai semua maklumat yang mereka perlukan dan pemahaman tentang instrumen dagangan pilihan mereka untuk membuat keputusan yang tepat. Dalam konteks ini, The Times memetik ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Craddock, berkata, “Memastikan trader tahu apa yang mereka lakukan adalah penting. Anda tidak boleh memberi seseorang produk tanpa pemahaman tentang apakah ia, dan saya fikir lebih banyak pendidikan, perbincangan dan ketelusan yang boleh kita lakukan, lebih baik untuk keseluruhan industri.”

Artikel dalam Edisi Tambahan Strategi Dagangan The Times telah menjadi pengesahan yang kami perlukan untuk terus berusaha menjadi yang terbaik.

Read More

ATFX Dianugerahkan Broker CFD Forex Terbaik di UK Forex Awards 2018
ATFX MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM TRADERS FAIR & MALAM GALA DI THAILAND
ATFX Menaja Sidang Kemuncak Kewangan London 2017
ATFX Menaja Pertandingan Kelayakan Duke of Edinburgh Cup, pada 30 Ogos
ATFX MENINGKATKAN PERTUMBUHAN DENGAN PELANCARAN PEJABAT BARU DI THAILAND
ATFX Membuat Debut yang Berjaya di iFinexpo Thailand