Ogo 19, 2019

Susulan penampilan sulungnya di Persidangan Affiliate Lisbon, ATFX meneruskan lawatannya di Eropah. Kali ini, ATFX menyertai Persidangan Affiliate London yang diadakan pada 6 hingga 9 Februari, 2019.

Acara ini memberikan peluang kepada broker kewangan untuk memperkenalkan teknologi perdagangan dan pelbagai instrumen dagangan terkini ATFX, serta program affiliate Rakan Kongsi ATFX.

Marcos Tigsilema, Pengarah Komersial ATFX (UK) berkata, “Sebagai broker dagangan atas talian secara global, kami berasa amat bangga dan teruja untuk bertemu dengan rakan kongsi dan komuniti yang berbeza di seluruh dunia. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan kami kepada rakan affiliate, dan mempamerkan sumbangan masa depan kami kepada industri.”

Persidangan tersebut telah menawarkan peluang kepada para perwakilan untuk mengetahui tentang aliran dan peluang terkini perdagangan atas talian. Persidangan itu memfokuskan tentang cabaran industri, cara untuk menyesuaikan diri dengan perubahan sektor dan menyesuaikan strategi perniagaan supaya memastikan broker atas talian dapat menyediakan perkhidmatan dan instrumen yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Pameran dan persidangan baru-baru ini adalah sejajar dengan strategi ATFX untuk mengembangkan perniagaannya ke pasaran Eropah. Syarikat bersedia untuk menjadi pemain industri yang tidak asing dalam acara-acara kewangan di seluruh dunia, seterusnya mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju perdagangan atas talian global.

Read More

ATFX Dianugerahkan Broker CFD Forex Terbaik di UK Forex Awards 2018
ATFX MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM TRADERS FAIR & MALAM GALA DI THAILAND
ATFX Menaja Sidang Kemuncak Kewangan London 2017
ATFX Menaja Pertandingan Kelayakan Duke of Edinburgh Cup, pada 30 Ogos
ATFX MENINGKATKAN PERTUMBUHAN DENGAN PELANCARAN PEJABAT BARU DI THAILAND
ATFX Membuat Debut yang Berjaya di iFinexpo Thailand