Ogo 14, 2019

Selepas kejayaan pelancaran dan pertumbuhan ATFX di pasaran Asia, syarikat kewangan mengiktiraf bahawa kini adalah masa yang sesuai untuk memperkenalkan rancangan perniagaannya mengenai pengembangan dan pembangunan masa depan di seluruh dunia kepada pelanggan yang lebih luas. Tema acara terbaharu ialah PERSIDANGAN STRATEGI GLOBAL ATFX di mana syarikat mengumumkan penajaan Duke of Edinburgh Cup selaras dengan komitmen syarikat sebagai peneraju utama industri di masa depan. The Duke of Edinburgh Cup ditubuhkan bagi menyokong Duke of Edinburgh International Award dan generasi muda di seluruh dunia. Pertandingan tersebut ditubuhkan oleh HRH Prince Philip, Duke of Edinburgh pada tahun 2001, ia merupakan kejohanan golf tahunan di seluruh dunia yang dianjurkan oleh International Golf for Youth (IGFY), sebagai kemuncak Acara Akhir Dunia yang diadakan setiap tahun di United Kingdom. Kejohanan ini adalah sebagai platform yang mengutip derma bagi kanak-kanak dan golongan muda yang memerlukan untuk menambah baik kehidupan mereka. Dalam tempoh 16 tahun ia telah menarik perhatian peminat golf dan dermawan di seluruh dunia. Mr. Joe Li, selaku Pengerusi Lembaga ATFX (UK) dan Ms. Jean Dong, ahli Lembaga Penasihat Pengurusan China bagi Anugerah Antarabangsa Duke of Edinburgh Cup dan Pengerusi Zespa Media Ltd (UK) telah menandatangani kontrak “PENAJAAN DUKE OF EDINBURGH CUP” di atas pentas. Dalam majlis tersebut, broker kewangan memberi ucapan tentang pencapaian utama dan pelan pembangunan masa depan untuk perkembangan syarikat di Eropah, China, Asia Tenggara, serta jemputan kepada rakan-rakan media dari seluruh dunia.

Sebanyak 100 hadirin dari Eropah, China, Asia Tenggara dan negara-negara lain di seluruh dunia telah menghadiri acara media global pada 4 Ogos 2018 untuk menyaksikan perkhidmatan terkini dan perkembangan strategik dari kepimpinan ATFX. Acara tersebut berlangsung di Kerry Hotel Hong Kong, dianjurkan sebagai perhimpunan media untuk menyampaikan butiran mengenai rancangan ATFX yang akan dilaksanakan pada masa depan di seluruh dunia. Selain itu, ia merupakan prestasi dan pencapaian ATFX sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan bagaimana ia telah mewujudkan peluang-peluang baru sebagai peneraju pasaran global. *

Dalam acara tersebut, barisan kepimpinan ATFX menegaskan bahawa staf-staf ialah aset paling berharga dalam syarikat. Dengan lebih daripada 200 pekerja di pejabat dari seluruh dunia, ia bertujuan untuk mewujudkan jejak yang kuat. Syarikat kini mempunyai laman web dalam pelbagai bahasa yang disesuaikan untuk setiap kawasan yang dikendalikannya dan bertujuan menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan. Dari platform dagangan online yang mesra pengguna sampai sokongan pelanggan dalam pelbagai bahasa, yang dikendalikan oleh pakar yang berpengalaman, ATFX telah menyediakan persekitaran perdagangan yang selamat serta bantuan segera dalam bahasa tempatan (contohnya Eropah, China, Asia Tenggara …). Dengan hampir 200 seminar yang dianjurkan dalam tempoh 12 bulan yang lalu, ia telah memberi manfaat kepada lebih 100,000 trader dan bekerjasama dengan lebih dari 15,000 pakar. ATFX meneruskan komitmennya untuk mendidik para pelabur dengan menganjurkan seminar-seminar di Asia secara percuma dan mengajar para peserta tentang pelbagai teknik perdagangan dan mengajar asas-asas pengurusan risiko. Syarikat turut menyediakan perkhidmatan holistik yang merangkumi platform dagangan, bersama dengan pasukan profesional yang mahir dan berpengalaman supaya para pelanggan boleh mendapat akses kepada perkhidmatan perdagangan yang komprehensif.

Prestasi cemerlang ATFX dalam perkhidmatan diiktirafkan oleh pasaran. Sepanjang tinjauan dalam beberapa tahun ini, syarikat telah memenangi 10 anugerah antarabangsa pada suku pertama 2018 dari segi perkhidmatan, instrumen dagangan, dan pengiktirafan dalam komitmennya kepada perkhidmatan cemerlang trader dalam tadbir urus korporat.

Untuk memperbaiki persekitaran semasa dagangan Forex, pembiayaan akan digunakan untuk meneruskan visi ATFX dalam usaha mendidik trader dan meningkatkan kemahiran membuat keputusan mereka. Sebagai syarikat perdagangan global online, syarikat beryakin bahawa latihan sedemikian akan menyediakan trader dan rakan kongsi dengan ilmu yang diperlukan untuk membuat keputusan yang sewajarnya, dan meningkatkan kemahiran untuk mengatasi sebarang halangan dalam perdagangan pasaran kewangan. Selain itu, ATFX akan melancarkan aktiviti promosi untuk memberi ganjaran kepada para pelanggannya. ATFX menyediakan sokongan yang sepenuhnya kepada trader baru serta yang berpengalaman, bagi membantu untuk memperbaiki dan mengendalikan perniagaan perkongsian yang berjaya dengan rakan kongsi global yang ditubuhkan di Asia selain memanfaatkan peluang pasaran dalam perdagangan pelbagai aset dengan perkongsian strategi.

Mr. Joe Li, selaku Pengerusi Lembaga ATFX (UK) menyampaikan ucapan alu-aluan dan peristiwa penting kepada hadirin, sementara Mr. Richard Craddock, selaku Ketua Pegawai Eksekutif ATFX (UK), Mr. Ryan Tsui, Ketua Pegawai Eksekutif ATFX (UAE) dan Mr. Jeff Hsu, Pengarah Urusan ATFX (Asia Tenggara) telah menyampaikan pelan pembangunan perniagaan masing-masing di Eropah, Timur Tengah, dan Asia Tenggara.

ATFX telah memasuki era perkongsian dan pertumbuhan strategik baru, dengan pembangunan yang pesat dan berpeluang untuk para pedagang dan rakan kongsi. Sementara itu, bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran perniagaan yang dinamik dalam pasaran forex kepada rakan dan pelanggannya, syarikat akan terus membangunkan platform perniagaan serantau yang memfokuskan perkhidmatan pasaran di dalam dan luar negara, bersama dengan pasukan pakar antarabangsa yang bekerjasama dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut. Pengalaman profesional ATFX akan membantu mengembangkan dan menginovasi pembangunan perniagaan perdagangan secara sistematik.

Perundangan: ATFX adalah tanda dagang bersama yang dikongsi oleh beberapa entiti berbeza di seluruh dunia termasuk FCA yang dikawalselia oleh AT Global Markets (UK) Limited di United Kingdom, ATFX Global Markets (CY) Limited di Cyprus, AT Capital Markets Limited di Emiriah Arab Bersatu dan AT Global.

Read More

ATFX Dianugerahkan Broker CFD Forex Terbaik di UK Forex Awards 2018
ATFX MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM TRADERS FAIR & MALAM GALA DI THAILAND
ATFX Menaja Sidang Kemuncak Kewangan London 2017
ATFX Menaja Pertandingan Kelayakan Duke of Edinburgh Cup, pada 30 Ogos
ATFX MENINGKATKAN PERTUMBUHAN DENGAN PELANCARAN PEJABAT BARU DI THAILAND
ATFX Membuat Debut yang Berjaya di iFinexpo Thailand