Berita Syarikat

ATFX menyertai dalam Investment Bloggers Day di Kuala Lumpur

2018 merupakan tahun yang mencabar, dan kami di ATFX telah bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan yang tidak dijangka. Pada suku pertama 2019, jangkaan kami lebih kepada reintegrasi hubungan antarabangsa dan kerjasama perdagangan yang lebih erat. Selain itu, para pelabur menunggu potensi perubahan dalam dasar ekonomi, fiskal, monetari dan perdagangan yang mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan dalam tempoh pertengahan sehingga jangka yang panjang.

Investment Bloggers Day yang dianjurkan oleh ShareInvestor bersama dengan I3investor, berlangsung pada 2 Mac di Kuala Lumpur, dan menyentuh beberapa topik penting dengan memberi penekanan kepada peluang di Asia. Lebih daripada 400 peniaga dan pelabur dari rantau Asia Tenggara menghadiri acara tersebut, yang menampilkan 10 pemimpin kewangan dan perniagaan, pelabur dan pakar yang berpengalaman dari Asia Tenggara untuk berkongsi pandangan tentang trend ekonomi global, serta peluang pelaburan di Asia khususnya di Malaysia bagi tahun 2019 dan seterusnya.

Ini merupakan peluang emas bagi pedagang untuk bertemu dengan mentor mereka secara peribadi, seperti En. Kar Yong, wakil ATFX (Malaysia) yang turut serta dalam acara tersebut sebagai pelatih utama. Beliau telah dijemput oleh penganjur untuk menjadi speaker bagi forum, dengan tajuk perbincangan tentang “Bagaimana menjadi pelabur yang berjaya”, dan berkongsi strategi terkini dengan peserta mengenai bidang pelaburan utama menerusi sesi taklimat ringkas dan kepentingannya. Dengan itu, peserta lebih terbuka untuk menerokai peluang dalam pasaran yang mencabar ini. Maklum balas yang diterima amat positif, seperti faedah yang diperolehi daripada perkhidmatan ATFX.

Pasukan profesional ATFX berada di gerai syarikat untuk bersama dengan pemain profesional pasaran dan pedagang yang berminat. Dengan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan, syarikat berusaha memenuhi keperluan pemain profesional dan pedagang dalam blok yang bertujuan bagi memperluas perdagangan dan mencari prospek baru. Di samping memperlihatkan suite produk akhir di gerai syarikat, ATFX juga menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan oleh peserta.

Penyertaan forum and seminar baru-baru ini diwujudkan selaras dengan kepercayaan ATFX bahawa latihan sedemikian mampu memberikan pedagang pengetahuan yang diperlukan untuk membuat keputusan yang tepat, selain meningkatkan kemahiran mereka dalam menangani tekanan dalam perdagangan pasaran kewangan dengan lebih mudah dan berkesan. Syarikat akan terus mengadakan seminar secara berkala untuk tempoh baki tahun 2019.