Ogo 05, 2019

ATFX meneruskan agenda untuk membantu pedagang di seluruh dunia menambah pengetahuan mereka tentang pasaran kewangan. Perkara itu telah menarik perhatian media di Taiwan, dan dalam temu bual terbaru di Smart Magazine Taiwan, En. Jeff Hsu, Pengarah Urusan ATFX (Asia Tenggara) dan Cik. Jade Chen, Pengurus Besar ATFX (Taiwan), menerangkan langkah-langkah terkini syarikat. En. Hsu berkata, “Prospek perniagaan Taiwan kekal optimis,” jelasnya, “ATFX meneruskan komitmennya untuk mendidik para pelabur dengan mengadakan siri seminar di Asia.” Pendidikan pedagang adalah topik utama tahun ini, dengan syarikat perdagangan dalam talian menyediakan perkhidmatan holistik merangkumi platform dagangannya, bersama dengan pasukan profesional yang mahir dan berpengalaman, bagi membolehkan pelanggan mendapat akses kepada perkhidmatan perdagangan yang komprehensif.

Pada bulan November, ATFX mengambil bahagian dalam Forum Antarabangsa FinanceWord, yang berlangsung di negara ini pada 10 hingga 11 November di W Hotel Taipei. Ekspo B2B ini dianjurkan oleh FinanceWord dengan kehadiran 2,000 hadirin, menjadikan ekspo kewangan B2B terkenal dan penting di Asia.

Di samping itu, syarikat turut dinobatkan untuk menjadi penerima anugerah “Penyedia Perkhidmatan Pendidikan Pedagang Terbaik” dalam forum. Anugerah ini begitu bermakna bagi ATFX, dan memberi keyakinan dan sikap positif dalam kesediaannya untuk mengendalikan aspek pendidikan perniagaan.

En. Justin Lee, salah seorang ahli pasukan, telah dijemput oleh pihak penganjur untuk menjadi speaker bagi tajuk perbincangan forum “Cara Berkesan untuk Berdagang Pasaran Forex”. Lebih 500 ratus yang hadir untuk mendengar ucapan tersebut, dengan tujuan untuk mendidik pedagang bukan sahaja dari segi asas perdagangan pasaran kewangan dan instrumennya tetapi juga berkongsi pengetahuan tentang cara menggunakan strategi dagangan dan alat-alat berisiko secara efektif.

Bagi seminar di masa depan, ATFX komited untuk meneruskan langkah untuk menghadiri acara dan mengadakan seminar tetap sepanjang akhir tahun 2018.

Perundangan: ATFX adalah nama dagangan AT Global Markets Limited (ATGM, nombor pendaftaran 24226 IBC 2017). ATGM adalah Syarikat Perniagaan Antarabangsa di Saint Vincent dan Grenadines. Alamat berdaftar adalah: The Financial Services Centre, Stoney Ground, Kingstown, St. Vincent & the Grenadines.

Read More

ATFX MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM BROKER SHOW DI TAIPEI
ATFX MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM TRADERS FAIR & MALAM GALA DI KAHERAH
ATFX Mempercepatkan Pertumbuhan dengan Pelancaran Pejabat Baru di Vietnam
Debut ATFX sebagai Peserta Pameran Trader’s Fair & Malam Gala, Thailand
Kemunculan Pertama ATFX sebagai Peserta Pameran di Pameran Trader & Malam Gala Vietnam
ATFX Membuat Kemunculan yang Berjaya di IFINEXPO Kuala Lumpur