Ogo 02, 2019

ATFX adalah broker dagangan dalam talian yang terkemuka di dunia dengan pengalaman mengendalikan lebih 300 seminar, pameran dan acara sepanjang 12 bulan yang lepas. Syarikat sentiasa komited untuk mendidik pelanggan melalui acara dan seminar.

Pada 30 Mac 2019, ATFX mengambil bahagian dalam Traders Fair di Kaherah, Mesir. Acara itu menerima kehadiran peniaga dari seluruh dunia. Pemain industri terkemuka turut serta dalam bertukar maklumat dan pengalaman dengan peniaga lain.

Ramy Abouzaid, penceramah Profesional dan Ketua Penyelidikan Pasaran di ATFX (AE) memberi ucap-tama dalam majlis tersebut. Acara itu juga menampilkan persembahan secara langsung dan hadiah menarik.

Dalam pameran tersebut, para peserta berpeluang bertemu dan berbincang dengan salah satu pakar terbaik dalam industri dagangan, iaitu ATFX. Tenaga profesional kami gembira untuk berkongsi pengalaman dan menjawab segala persoalan mengenai pasaran kewangan.

En. Ramy Abouzaid, Ketua Penyelidikan Pasaran ATFX (AE), telah berkecimpung dalam industri kewangan selama lebih dari satu dekad dan berpusat di UAE. Beliau memulakan seminar mengenai “Tema dagangan dalam krisis kewangan”. Terdapat juga seminar lain yang dianjurkan oleh Ramy di mana beliau berkongsi maklumat tentang “Penggunaan petunjuk sentimen untuk mengesahkan trend”. Dewan begitu padat dengan peserta semasa sesi seminar. Peserta juga berpuas hati dengan maklumat yang disampaikan oleh ATFX.

Acara Traders Fair & Malam Gala adalah selaras dengan trend terkini dan perkembangan industri. Pemimpin industri bukan sahaja berpeluang membina rangkaian mereka bahkan juga menerokai dunia pelaburan itu sendiri dan menerima maklumat yang bernas dan terperinci.

Dalam menyesuaikan persekitaran pendidikan untuk rakan kongsi dan pelanggan, ATFX akan terus membangunkan seminar pendidikan serantau, bersama pasukan pakar antarabangsa yang bekerjasama dengan lancar. ATFX akan terus membantu peniaga meningkatkan pengetahuan mereka melalui acara sedemikian.

Read More

ATFX MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM BROKER SHOW DI TAIPEI
ATFX Mempercepatkan Pertumbuhan dengan Pelancaran Pejabat Baru di Vietnam
Debut ATFX sebagai Peserta Pameran Trader’s Fair & Malam Gala, Thailand
Kemunculan Pertama ATFX sebagai Peserta Pameran di Pameran Trader & Malam Gala Vietnam
ATFX Menyertai Forum Antarabangsa FinanceWord di Taipei
ATFX Membuat Kemunculan yang Berjaya di IFINEXPO Kuala Lumpur