Berita Syarikat

ATFX Mempercepatkan Pertumbuhan dengan Pelancaran Pejabat Baru di Vietnam

ATFX (VN), broker forex yang memenangi anugerah global, hari ini mengumumkan pelancaran pejabat barunya di Ho Chi Minh City, Vietnam.

ATFX terus menampung pertumbuhan pesat pasaran dan memanfaatkan teknologi dan pengetahuannya. Sejak 2017, ATFX berjaya beroperasi di Taiwan, Filipina, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia dengan menyediakan sokongan penuh kepada peniaga-peniaga di negara tersebut.

Keupayaan syarikat untuk berkembang menjadi broker forex yang pertama dalam industri kerana peningkatan yang ketara dalam bilangan pelanggan di Asia Tenggara, terutama di Vietnam. Berlandaskan strategi dalam memastikan piawaian tertinggi perkhidmatan untuk pelanggan di negara ini, ATFX memutuskan untuk membuka pejabat barunya di Vietnam.

Ini sebagai usaha dalam menambahbaik persekitaran perdagangan forex semasa dan meneruskan visinya untuk membimbing pedagang dan meningkatkan kemahiran membuat keputusan mereka – sebagai syarikat perdagangan global atas talian yang terkemuka – ATFX akan terus menyediakan pedagang dan rakan kongsi dengan bahan ilmu untuk mendalami pasaran FX, dan meningkatkan kemahiran mereka dalam mengatasi halangan dalam perdagangan pasaran kewangan.

Selain itu, ATFX akan melancarkan beberapa aktiviti promosi untuk memberi ganjaran kepada pelanggannya.

Ini merupakan sejarah baru bagi ATFX (VN). Pejabat baru ini membenarkan ATFX memperluaskan jangkauannya di pasaran Asia Tenggara, dengan beberapa tahun kebelakangan ini telah menunjukkan keminatan yang tinggi dalam penawaran perkhidmatan dan produk kami. Kami merupakan syarikat global yang berjaya dengan meningkatkan nilai jenama dan penambahan terbaru ini, kata Jeff Hsu, Pengarah Urusan ATFX (Asia Tenggara), “Setiap kali kami membuat pelancaran di lokasi baru, kami membina infrastruktur yang lengkap dan terperinci bagi perkhidmatan pelanggan, seperti latihan pra dan pasca jualan, sokongan teknikal untuk pengguna, dan semuanya dalam bahasa tempatan masing-masing. Banyak lagi pejabat ATFX dijangka akan buka di Asia Tenggara dalam masa terdekat. ”

Walaupun Vietnam adalah wajah yang agak baru dalam landskap kewangan global, ia telah meningkat dengan pesat sebagai salah satu hab terkemuka di Asia Tenggara dalam sektor perniagaan dan peniaga pelaburan berkualiti tinggi, tambah Chloe Tsui, selaku Pengurus Besar, Penyelidikan Pasaran AT Vietnam. “Hasilnya, komuniti forex berkembang.”

ATFX berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan holistik yang merangkumi platform dagangan, serta gabungan dengan pasukan profesional yang mahir dan berpengalaman kepada pelanggan supaya pelanggan mendapatkan akses kepada perkhidmatan perdagangan komprehensif.